Tuesday 26 November 2013

Tempahan di MeedDesign

♥♥ Setelah pertapaan, yakin dengan diri sendri, aku sudah pun menerima tempahan untuk menjahit...memanik, dah memang kerja tetap.
Taknak merapu panjang, aku nyatakan jenis2 pakaian yang boleh aku jahit aka menerima tempahan;

♥PAKAIAN LELAKI DEWASA & KANAK KANAK
- Baju Kemeja Koperat
- Baju Kemeja
- Baju Melayu Tradisional
- Baju Melayu Moden @ Raihan
- Jubah Arab @ Jubah Ringkas
- Seluar Getah Cerut
- Seluar Slack

PAKAIAN WANITA DEWASA DAN KANAK KANAK
- Baju Blouse Koperat
- Baju Blouse Ringkas / Kasual
- Baju Kurung Tradisional
- Baju Kurung Moden Ringkas
- Baju Kurung Kedah
- Baju Peplum
- Baju Kurung Pahang
- Baju Kebaya
- Baju Kebaya Berpesak
- Jubah A Line
- Jubah Moden
- Dress Ringkas @ Empire Waist
- Baju Tidur
- Gaun Kanak Kanak
- Kain Susun Tepi
- Kain Lipat Batik
- Kain Belah Selisih Hadapan
- Kain Kipas Belakang
- Kain Viron / Lipat  @ Lisu Beriring Hadapan
- Kain Duyung
- Kain Kembang Payung
- Kain Peplum
- Kain Godek Berpanel
- Kain Godek Tanpa Panel
- Kain Godek Ber Ekor Standard
- Kain Godek Potongan Pengantin
- Kain Bertingkat
- Kain Tingkat Bersusun
- Skirt A Line
- Maxi Skirt
- Seluar Harrem
- Palazzo
- Seluar Tidur

MANIK
- Pakaian
- Tudung

INFO
¤ Pelbagai detail yang perlu diambil kira untuk melengkapkan sesebuah pakaian. Antara perkara yang patut kita pilih ialah;
■ Garis Leher
*bulat, sampan, hati, U, V, empat segi..
■ Kolar
*cekak musang, mandarin, turtle neck, peter pan..
■ Lengan
*raglan, kimono, dolman, loceng, 2 lapis, gelembung..
■ Garis Pinggang
* pilihan garis pinggang utk jenis pakaian spt peplum dan dress sgt perlu difikirkn krn utk yg ber perut besar, sgt sesuai ditinggikn 1" dr garis pinggang. Ini krn mengelakkn kerat dibhgn pinggang..
■ Pilihan Garisan & Cantuman
* garisan menegak Princess Line dgn pilihan potongan dr bahu atau lubang lengan.
* garisan mendatar spt empayar waist
* garisan menyerong
:) **  ianya pilihan anda..

HARGA
⊙Pakaian Lelaki
           Baju ~ bermula RM 30
           Seluar ~ bermula RM 10
           Baju Kanak kanak ~ RM 20 (set)
⊙Pakaian wanita
           Baju ~ bermula RM 20
           Kain ~ bermula RM 15
           Baju Kurung ~ RM 25 (set)
           Baju kanak kanak ~ bermula RM 15
⊙Manik
           Tudung ~ bermula Rm 15
           Pakaian ~ bermula  RM 25
⊙Lining
           Separuh dr harga baju
⊙Nursing
           RM 5

TENTANG DAKU SangKayu
         ♡ daku ex student Giatmara Pengerang
         ♡ batch FND11 sesi 0/1 2013
         ♡ Kursus FASHION AND DRESSMAKING
         ♡ daku sudah berdaftar dgn SSM
                      · MEED DESIGN ·
                       No  1462 blok 20,
                       Felda Sening,
                        Kota Tinggi.
          ♡ hubungi daku di talian @ whats app di 0143883080